View My Stats

Thursday, May 2, 2013

Hanya Mampu Menulis

Kasihan rakyat marhaen. Sungguh. Mengapa? Kerana membenarkan diri dimanipulasi ahli politik.

Mahu tahu? Tiada satu pun parti politik atau ahli politik yang benar. Semuanya berkepentingan.

Jujur, aku tidak memihak sesiapa. Dahulu, mungkin. Aku penyokong tegar BN. Aku benci Anwar Ibrahim.

Namun selepas setahun setengah bergelumang dengan sepak terajang politik, aku mula celik. Aku mulai jelik dengan politik Malaysia.

Menyemai politik kebencian, itu kerja pembangkang. Menyebar fitnah berterusan, itu kerja pihak lagi satu.

Rakyat, sedarlah. Jangan benarkan diri anda dipengaruhi dengan politik taksub. Buka minda, celik hati.

Tuesday, April 30, 2013

Cerita hari ke 11 di Skudai

30 April 2013 (Hari ke 11 di Skudai, Johor).


Ok. Ini entri pertama aku sejak hidup bermaustatin ke negeri Johor. Aku mula ditugaskan untuk menjaga Parlimen Gelang Patah ni bermula 19 Mac, sehari sebelum hari penamaan calon. Mula-mula memang eksited gila. Semua benda aku eksited nak buat. Masuk je hari keempat, aku dah mula homesick sebab stress rupanya kerja jauh-jauh ni. Stressnya memang lain macam. Susah nak explain macam mana perasaan tu.  Lagi stress bila dapat partner kerja yang tak berapa nak sekepala. Gosh! Tuhan je yang tahu. Rasa macam nak lempang diri sendiri kuat-kuat bila aku dah start penat dan emo. Aku ni jenis manusia yang tak boleh penat, tak boleh stress dan tak boleh tak cukup tidur. Kalau salah satu tu terjadi kat aku, aku akan bertukar jadi singa. Yes, singa. Waktu tu, tak kira la kau mak aku ke, adik aku ke, atau bestfriend aku ke, semua konfem kena. Itu kelemahan aku yang aku sendiri tak tahu macam mana nak kawal. Aku sedar, itu benda buruk, tapi aku tak tahu macam mana nak ubah. Kadang-kadang kesian gak tengok 'mangsa' singa aku tu, tapi for the time being, cara nak kawalnya adalah dengan jangan layan aku. Itu je.

Berbalik kepada cerita di Skudai, kat sini aku menjaga semua pergerakan Lim Kit Siang dan Datuk Abdul Ghani Othman. Kerusi panas kan. Secara jujur aku tengok, persaingan antara diorang ni 50-50. Kit Siang ni veteran DAP, nama dia sebaris dengan Mahathir. So, korang bayangkan lah kalau Mahathir lawan Ali Rustam (contohnya). Of course lah korang akan pilih Mahathir kan? Tapi aku rasa, orang Johor tak bodoh. Ghani dah pegang Johor 18 tahun woi. Rekod dia bersih. Dia takde cerita korup, salah guna kuasa, apatah lagi skandal seks. Personally, aku suka Ghani. Bukan sebab dia calon BN, tapi sebab dia pemimpin yang cool. Selepas beberapa assignment, aku mula tertarik dengan keperibadian dia. Dia tak pernah tinggi suara, tak pernah marah wartawan apatah lagi nak tolak semua soalan wartawan. Tak kira la dari agensi mana pun. Berbeza dengan Kit Siang, setiap kali dapat soalan panas, dia akan terus tanya, "kamu dari mana?" atau pun dia akan jawab "saya tiada jawapan untuk soalan itu". Leceh betul.

Okla. Itu saja setakat ni yang aku nak update. Nanti ada masa aku cerita lagi. Nak pergi cover ceramah (aktiviti harian sepanjang di skudai). Chaw!

Sunday, April 7, 2013

To Those Who May Concern


I think I'm ready to date again. Don't read this wrong, I am still single and haven't met my prince charming yet.
 

Honestly I avoid telling the world about my personal progress, but today I feel like letting some of myself wander in this electronic diary.
 

True, Allah holds our hearts in His hands. While I wasn't sure if I was strong enough to get through the 6th, finally He helped me. He showed me what's truly best for myself. We won't know what we are capable of before we were put through it.
 

Before this, I admit, I still remembered him. I didn't let him go entirely. It got to the point where I'd cry alone because I missed everything to bits. But today I realized that I am over it. I'm not sure how it happened really. I woke up from sleep and suddenly feel so relieved.
 

To those who may concern, I am absolutely sincere about befriending you. I won't revert to me from the past five years. All these struggles taught me a lot about life. I forgive you for everything, and I hope you'd do the same. I was infuriated by everything, by you, and I am vindictive of you. But then I realized, that feeling won't take me anywhere. I want a peaceful life, clear of conscience. I think you do too..




p.s: don't miss at least 10 verses of Al Kahf every Friday. It helps! ;)

Wednesday, March 27, 2013

Edisi Antarapos

Hello! Semalam (26 Mac 2013) genap setahun aku kerja bersama Antarapos.

Malas nak cakap banyak. Tengok ler gambar-gambar kat bawah ni ye.



muka budak sengal first time masuk parlimen. hehe
 
 
 
bersama Datuk Dr Hasan Ali
 
 
 
 oustation pertama di Alor Star. Harap maaf tak ingat tarikh
 
 
 
 Demo Bersih 3.0. Gambar dari phone. Masa ni aku tengah sesat cari jalan balik hotel. 
 
 
 
krew parlimen
 
 
 
 sesi voxpop
 
 
 
 celebrate besday!



 interview Tunku Aziz
 
 
 
 geng KL112
 
 
 
 JJD Seremban
 
 
 JJD Perlis
 
 
interview paling latest. tapi aku lupa sape nama orang ni. Deng!
 
 
 
 
Ok. Itu saja koleksi gambar bersama Antarapos yang sesuai untuk tatapan umum. Semoga Antarapos terus sukses! (walaupun ada yang kata kami anjing umno. heh)
 

Saturday, March 9, 2013

Tips Putus Cinta (based on a true story)

Bukan berniat mahu jadi doktor cinta, tapi entri kali ini ditulis bagi membantu beberapa kawan terdekat aku yg mengalami masalah emosi akibat putus cinta. Aku pun tak tau kenapa mereka pilih aku untuk berkongsi rasa frust tu, tapi aku bangga kerana kebanyakan mereka pandang aku sebagai orang yg boleh dipercayai untuk memberi nasihat.

Ok. Bagi mereka yg tak tau tentang kehidupan peribadi aku, aku akan ceritakan sedikit secara rawak.

Aku tak pernah rasa putus cinta. Jujur. Ini adalah pertama kali (dan aku harap yg terakhir). Dalam beberapa perhubungan sebelum ni, aku yg buat keputusan untuk putus. Mungkin ada yg kata karma untuk aku but naahhh.. Terpulang.

Bekas tunang aku memutuskan hubungan kami pada hari lahir aku yg ke 25. Which is last year. Aku tak akan cerita perasaan aku sepanjang menghadapi 'peristiwa hitam' itu lagi. Apa yg korang perlu tau adalah aku seorang perempuan yg terlalu bergantung hidup pada si dia sebelum ini. Untuk semua perkara!

Sepanjang lima tahun bersama si dia, aku mengaku aku adalah perempuan yg sangat lemah. Aku tak kenal diri aku sendiri. Aku tak tau kekuatan dan keistimewaan diri aku. Dan yg lebih teruk, aku tak tau apa hobi dan matlamat hidup aku. Tapi aku juga tak salahkan dia untuk semua perkara tu.

Bagi yg pertama kali menghadapi rasa putus cinta seperti aku, di bawah ada beberapa tips yg korang wajib buat untuk lebih menghargai diri dan hati masing-masing.

1. Jangan sesekali dengar lagu putus cinta atau lagu cinta korang berdua.
     - Aku tak pernah lagi dengar lagu cinta kami berdua. Sepanjang tempoh 'berkabung' aku dengar banyak lagu-lagu semangat. Antaranya Try-Pink, Survivor-Destiny Child, Battle Scars-Guy Sebastian dan beberapa lagu lain.

2. Buka hati untuk menerima kasih sayang dari orang lain
    - Kadang-kadang kita merasakan hanya pasangan saja yg mampu beri kita kasih sayang dan cinta. Buka hati. Lihat sekeliling dan terima (adapt) kasih sayang dari orang sekeliling; keluarga dan teman-teman rapat.

3. Sibukkan diri dengan kerja
    - Bagi yg ada kerjaya sendiri, cuba buat-buat sibuk. Inilah masa korang nak tunjuk rajin kat bos.

4. Bergaul dengan orang positif dan optimis
    - Aku bersyukur sebab keluarga dan kawan-kawan banyak bantu aku teruskan hidup. Masing-masing bagi peranan yg cukup besar. Orang jiwa kacau tak boleh bergaul dengan orang jiwa kacau gak. Umpama macam cas negatif jumpa cas negatif.

5. Cari hobi baru
   - Aku mengaku, mula-mula rasa susah sangat nak carik sesuatu yg aku minat. Sehinggalah seorang kawan cadangkan aku belajar main gitar. "Kau suka lelaki main gitar, instead of kau cari lelaki macam itu, baik kau sendiri yg belajar main gitar. Kau pun suka muzik kan?".

6. Jangan hubungi si dia
    - Rindu adalah proses move on. Jangan sesekali contact si dia balik. Untuk apa jua alasan!

7. Jadi lebih realistik
    - Jangan terbuai dengan cerita cinta yg indah. Ada antara kita yg mudah terpengaruh dengan drama cinta atau novel-novel cinta. Percayalah, itu semua rekaan manusia.

8. Menangis bila perlu
    - Tak salah untuk menangis. Tapi perlu ada had. Jangan meratapi. Perlu pandai kawal emosi diri sendiri.

9. Jangan benci dan berdendam
   - Perasaan negatif dalam diri tidak memberi apa jua kebaikan. Maafkan dirinya. Berdendam hanya akan menukar personaliti diri menjadi lebih teruk.

10. Dekatkan diri dengan Tuhan
      - Redha dengan takdir. Setiap kali berdoa, ungkapkan perkataan redha dengan semua dugaan-Nya. Percayalah, Tuhan akan gantikan kepahitan itu dengan sesuatu yang lebih manis!



Eh, wait! Ada satu lagi yg boleh membantu



Review: Sangat best!
Boleh jumpa kat MPH. Harga RM50.




P/s: Dunia, hanya seindah keceriaan untuk mensyukuri kehidupan. Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Friday, February 1, 2013

Didedikasikan kepada Kartini

Entry kali ni aku tujukan khas kepada sahabat baik aku, Kartini Kamaruzzaman. Kalau ada yang ingat lagi, aku penah sebut nama dia masa entry tentang muzik dulu.

Malam ni, Tini nikah. Sayu rasanya. Dia kawan yang sangat baik, tapi aku tak dapat hadir ke majlis pernikahannya atas sebab-sebab tertentu. Walau apa pun, doa aku mengiringi dia. Semoga dia menjadi isteri yang solehah dan bahagia sampai alam syurga..

Aku dan Tini kenal masa minggu orientasi diploma di UiTM. Masa tu tahun 2005. Aku masih ingat lagi, kami terserempak semasa sama-sama berjalan kaki dari hostel ke fakulti. Jauh gile beb. Memandangkan aku dan Tini berjalan dengan sangat lembab, maka kami sama-sama bersetuju untuk saling menemani. Sepanjang jalan, kami asyik berborak tak henti-henti. Berpimpin tangan.. Macam dah lama kenal. Percaya atau tidak, sampai sekarang kami berdua masih ingat detik perkenalan tu (ehem. Kitorang bukan lesbo ok). Dan akhirnya, hubungan persahabatan itu dilanjutkan bila kami sama-sama dapat sekelas dan dapat sebilik semasa study. Dari diploma sampai degree.

Sepanjang 5 tahun kenal dan tinggal sama, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh (Erm, kerap gak sebenarnye. Heh). Mungkin sebab perangai kami yang ada banyak persamaan. Dia manja, tegas, moody dan degil. Kadang-kadang terpaksa guna 'orang tengah' untuk baikkan kami. Tapi biasanya, dua-dua tak simpan dendam. Mungkin sebab ada rasa sayang.. Ya, aku sangat sayangkan Tini.. 

Tini selalu bantu aku bila aku susah. Dia tau macam mana nak pujuk aku bila aku bersedih. Dia tau macam mana nak cool kan aku bila aku marah. Aku takkan lupa bila dia sanggup tidur sekatil dengan aku (katil single), selama beberapa hari hanya kerana taknak aku rasa sedih dan keseorangan. Waktu tu, tiap-tiap malam dia akan bacakan buku cerita kanak-kanak untuk aku, ajar aku tajwid dan ilmu-ilmu agama. Oh, lupa nak bagitau, Tini adalah hafizah. Dia penghafaz al-quran.


Semoga Tini tak lupakan aku bila dia dah jadi isteri orang kejap lagi. Ok. Aku da mula sebak. Bye.





Tini (berbaju biru. paling kanan). Pic 2009.





p/s: Dear Tinot, kalau kau baca entry ni, aku minta maaf sebab tak dapat datang majlis nikah kau. Aku nak sangat ada dengan kau sekarang ni. Tinot, plz jaga diri baik-baik bila dah jadi isteri orang. Jangan moody dengan Fathul. N aku harap Fathul bole jaga kau baik-baik dan bimbing kau sampai ke syurga. Aku sayang kau sangat. Terima kasih sebab jadi kawan yang hebat untuk aku.. Selamat Pengantin Baru sayang!

Tuesday, January 22, 2013

Reporter who??


I love being a reporter. But did you know that reporters have their own specific fields? Maybe you have heard of Entertainment Desk, Crime Desk and Political Desk. Those are the specific fields in journalism.

To me, I have experienced being in all those fields. That's my plus side when I worked as a stringer in Berita Harian Shah Alam not so long ago. For about one year and three months I was there, I got to go through so many things. All thanks to my beloved head, Wan Jailani Wan Razak. He's also my idol in the industry.

Actually, I love covering crime news the most. Yes, it is a bit dangerous for a petite girl like me but crime gives me a sense of empowerment. I love challenges. While in BH, every time there is a crime news, I would volunteer to cover. All sorts of roadkilss, murders, and operations I have covered. Every single news gave me a thousand memories to ponder on every night.

I will never forget the first time I had to cover a murder story. The incident happened in Meru, Klang and the victim was an Indonesian. When I got to the crime scene, I didn't know that the body hasn't been covered because people were swarming the place. So I snuck my way in to have a better view. And it came as a shocker to me to see the victim in bloodpool with a few stabbings on its body (that's what I will do to you. Harharhar). I won't forget the look on its face. The next day I fell sick. Maybe because I was shocked. But after that I get braver to see dead bodies.

Now I work in antarapos.com. It's a political portal. Okay honestly I despise politics. Wanna know why? Because I don't like writing for only one side and I don't like mixing with hypocritical faggots. In crime, we write the information given by the cops. All facts and no spins. 

However, I can still stand strong. I will try to make politics fun. I won't take it seriously. Have you ever heard of this: whatever we dislike could be the best for us. PEACE YAW!